Followers

Trip Pulau Tioman 2015

Wednesday, June 10, 2015

27-28 mei haritu sempat la ke pulau tioman. Saje ambil weekdays sebelum cuti sekolah. Sebab tak suka nak ramai orang sangat. Nanti nak buat aktiviti pun takde feel. Nampaknya pilih i tu tepat sebab memang tak ramai dan seronok!

I ambil pakej rm450/per person. Siap semua termasuk ferry, resort, snorkelling, makan. Yang tak termasuk sewa equipment untuk snorkelling and bayaran untuk taman laut. 

Bayaran masuk taman laut tu baru rm10 seorang. Sewa equipment pun tak mahal sangat. Sewa dari datang sampai balik pun boleh. Takde kira jam ke ape. 

So pakej i ambil haritu stay dekat Salang Pusaka Resort. Dapat bilik deluxe aircond. Memang terbaik!

Siap ada bathtub lagi. Ada balcony tempat lepak tengok bintang malam-malam. Sini bintang memang boleh nampak jelas dan cantik sangat la! Cuma bilik ni takde tv. I tak kisah sangat pun sebab takde masa nak tengok pun. 

Salang Pusaka Resort ni tak la betul-betul tepi laut. Tapi jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai dah laut. Bestnya duduk dekat area salang ni, air pantai dia landai. Tak dalam dan boleh snorkelling. Ikan banyak dan cantik-cantik! Coral pun lawa. 

Pantai area salang. 



Hari kedua pergi snorkelling. Boatman bawa 4 tempat. Memang cantik sangat! Disebabkan time tu memang tak ramai orang, jadinya kami berdua je dalam boat! Best okay. Ikut kami je la nak lama mana bagi setiap tempat tu. boatman layan je plak tu kan. 




Boatman kata sejak 3 ke 4 tahun ni memang dah tak ramai orang datang pulau tioman kecuali cuti umum. Maybe orang pilih untuk bercuti luar negara or ke perhentian. Terus i rasa sedih. Sayang okay. Tempat cantik takde orang nak pergi. 

I memang akan repeat lagi la datang tioman. Tapi maybe lepas ni stay dekat kampung tekek ke, kampung juare ke. Mana-mana la area situ. 






Media sosial

Monday, May 11, 2015
Zaman sekarang ni, mesti kebanyakkan dari kita akan ada media sosial. Sekurang-kurangnya 1 media sosial. 

Apa rasanya kalau takde media sosial? 



Fake Braces. Bahaya VS Cantik

Friday, March 06, 2015
Sekarang ni ramai yang sibuk nak pakai 'fake braces' 

Cantik la konon-kononnya kan. Tapi tahu tak sebenarnya fake braces tu bahaya?







Pentingnya katalaluan selamat.

Monday, February 02, 2015
Walaupun hari ni cuti, nak post ilmiah sikit. Gittew! Hahahah

Kebanyakkan orang, suka letak password yang berkaitan dengan diri sendiri. Macam nama sebenar, nama panggilan, atau nama pet. Nombor plak kalau tak tarikh lahir yang singkat, tarikh lahir sekali dengan tahun, tarikh lahir macam ic, tahun lahir, no plat kereta, no pass kerja, umur. 

Bila orang tau id kita or email kita, senang-senang je orang nak login or hack akaun kita. I pernah ye login facebook orang sebab kes-kes di atas. 

Memang kita buat password yang berkaitan diri kita sebab nak senangkan kita ingat. Nak login macam-macam kan setiap hari? Email la, akaun bank la, akaun media sosial la, sistem dekat office la. Belum masuk blog lagi kalau ada yang masih tulis blog. Tapi senangkan juga orang nak hack tau. Mana tahu ada secret admire kan. Dia tak usik pun akaun kita, cuma dia nak "tengok-tengok" je. 

Jadi, guna la password macam gengbas, partypeople, kentangbulat, rumahmayat, merepek, selfie, dan random words yang lain2. Kalau tulis macam ni lagi bagus "thE_PoLic3". 

Okay. Sekian.